Program Keusahawanan Teknikal (PUTEK)

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN
Program Bahagian Latihan & Bimbingan Usahawan bertujuan untuk mewujudkan usahawan-usahawan baru serta mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta keupayaan pengurusan usahawan Bumiputera melalui latihan keusahawan, bimbingan, khidmat nasihat, bantuan dan galakan supaya mereka menjadi usahawan tulen yang berkualiti dan berupaya mengurus projek-projek perdagangan dan perindustrian kecil dan sederhana yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.
Perlaksanaan :-
·         Mengadakan kemudahan Latihan  Keusahawanan secara teori dan amali untuk membimbing dan membantu usahawan yang berminat dan berpotensi untuk menceburi bidang perdagangan dan perusahaan.
 
·         Mengadakan Skim Runding Cara bagi menyediakan kemudahan peralatan dan bimbingan kepada usahawan yang mempunyai asas teknikal, untuk melahirkan usahawan yang berjaya mengendalikan projek Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
 
·         Memberi Kemudahan Pengeluaran dan Perintis bagi mempertingkatkan produk Bumiputera dalam aspek pengeluaran, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran.
 
·         Menyediakan Skim Promosi & Pemasaran yang bertujuan untuk membantu usahawan Bumiputera dalam meningkat dan memperluaskan pasaran barangan keluaran yang disedia ada di pasaran.
 
·         Menyediakan kemudahan fisikal dan lain-lain aktiviti sokongan untuk memudahkan usahawan memulakan perniagaan melalui Pusat-pusat Inkubator,Program Usahawan Teknikal (PUTEK) & Pusat Sumber Teknologi Perabot (FITEK)
 
·         Landskap BPU


PROGRAM USAHAWAN TEKNIKAL (PUTEK)
Objektif
PUTEK mula dilaksanakan pada tahun 1996 iaitu tahun pertama dalam RMK 7. Pelaksanaannya adalah berteraskan kepada hasrat MARA dan Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan teknikal (technopreneurs) Bumiputera di seluruh negara.Melalui program ini, usahawan - usahawan baru yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan khususnya bagi perniagaan yang berasaskan kepada kemahiran yang mereka miliki, akan dibantu melalui satu pakej kemudahan, sokongan dan bantuan galakan.

Mewujudkan usahawan baru dalam bidang teknikal iaitu yang berasaskan kepada kemahiran dimiliki. Usahawan ini akan dibantu untuk membina asas / tapak perniagaan masing-masing untuk satu tempoh masa tertentu sehinggalah mereka mampu untuk berdikari dan menguruskannya sendiri. 

Strategi
1) Lepasan pelatih-pelatih institusi teknikal MARA seperti IKM, GiatMARA, IKTM, Infotech MARA, FITEC dan lain-lain;
2) Lepasan pelatih-pelatih institusi teknikal awam dan swasta seperti IKBN, ILP, ILSAS dan lain-lain;
3) Siswazah dalam bidang teknikal.

Bidang Perniagaan
Keutamaan diberikan kepada perniagaan yang berasaskan bidang-bidang teknikal seperti berikut :
·         Elektrik / Elektronik
·         Automotif
·         Jahitan Pakaian
·         Kimpalan & Fabrikasi Logam
·         Motosikal
·         Mekanikal
·         Teknologi Aluminium
·         Kek & Pastri
·         Komputer & Teknologi Komunikasi
·         Lain-lain bidang mengikut penilaian keperluan dari semasa ke semasa


Pakej Kemudahan
Setiap usahawan yang menyertai program ini akan diberi bantuan secara pakej iaitu meliputi kemudahan seperti berikut :
·          Kemudahan latihan seperti kursus- kursus pembentukan usahawan, pengurusan perniagaan, peningkatan kemahiran dan asas teknikal yang sesuai dengan bidang perniagaan masing-masing;
·          Kemudahan sewaan peralatan dan mesin di bawah Skim Sewaan Peralatan dan Mesin PUTEK;
·          Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Usahawan Teknikal di bawah Program Pembiayaan Perniagaan MARA (tertakluk kepada kelayakan dan syarat - syarat pembiayaan);
·          Perundingan dan Bimbingan Projek melalui Skim Pakarunding Usahawan MARA dan oleh pegawai - pegawai pembimbing MARA;
·          Pemantauan dan Susulan bagi menilai kemajuan dan perkembangan usahawan dari semasa ke semasa.
Skim Sewaan Peralatan & Mesin (PUTEK) 
Kemudahan ini adalah merupakan salah satu dari komponen yang ditawarkan dalam pakej program PUTEK bagi membantu peserta membuat persediaan untuk memulakan perniagaan. Bantuan ini akan dilaksanakan dalam fasa ke - 2 iaitu sebaik sahaja peserta berjaya menamatkan sepenuhnya program latihan masing - masing.Bantuan diberikan kepada yang memerlukannya dengan cara menyewakan peralatan dan mesin tersebut kepada peserta - peserta untuk satu tempoh masa yang ditetapkan, dan selepas itu peserta-peserta mesti mengambilalih peralatan / mesin tersebut.

Syarat-syarat Penyertaan 
Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :
·         Telah berjaya mengikuti sepenuhnya Program Latihan Pembentukan Usahawan Teknikal (PUTEK) dalam Fasa I;
·         Mempunyai tapak / premis / bengkel perniagaan sesuai mengikut penilaian pihak MARA;
·         Mempunyai syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) samada perseorangan, perkongsian atau sendirian berhad;
·         Jenis peralatan / mesin yang dipertimbangkan adalah mengikut standard peralatan / mesin yang ditetapkan dan dinilai oleh MARA;
·         Pemohon hendaklah bukan seorang yang muflis dan hendaklah bebas dari sekatan undang - undang jenayah dan sivil yang boleh menyebabkan mereka diambil tindakan mahkamah;
·         Mengemukakan seorang keluarga terdekat seperti ibu / bapa, adik beradik atau ibu saudara / bapa saudara sebagai rujukan untuk mengesahkan kedudukan latarbelakang pemohon;
·         Usahawan mestilah mempunyai projek yang berdaya maju mengikut penilaian MARA;
·         Tertakluk kepada had penyewaan & keperluan peralatan/mesin yang ditetapkan oleh MARA

Syarat & Peraturan Penyewaan
·         Had Penyewaan : Minima RM3,000.00 | Maksima RM500,000.00
·         Tempoh Sewaan : 2-5 tahun
·         Kadar Sewaan Sebulan : 1% daripada nilai belian peralatan/mesin
·         Masa Bernafas : 2 bulan daripada tarikh semua peralatan dan mesin yang dipesan,dibekalkan,dipasang dan boleh digunapakai
·         Deposit Sewaan : 2 bulan atas kadar sewaan bulanan yang dikenakan
·         Kos Senggaraan : Atas tanggungan penyewa disepanjang tempoh penyewaan
·         Surat Tawaran Penyewa : Dikeluarkan oleh MARA dan perlu dipersetujui oleh usahawan sebelum menandatangani perjanjian penyewaan
·         Perjanjian Penyewaan : Perlu menandatangani surat perjanjian penyewaan dengan pihak MARA
·         Pengambilalih Oleh Penyewa : Penyewa MESTI mengambilalih peralatan / mesin yang disewa sekurang-kurangnya selepas 2 tahun penyewaan dengan satu harga yang akan ditetapkan dan dinilai oleh pihak MARA.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang disediakan dan boleh diperolehi daripada Pejabat-pejabat MARA Daerah dan Pejabat - Pejabat PUSMA di pejabat MARA Negeri yang berhampiran.
Fasa Perlaksanaan 

Fasa1 
Peserta-peserta program perlu mengikuti terlebih dahulu Kursus-kursus Pembentukan Usahawan yang dianjurkan melalui modul - modul latihan yang tertentu untuk tempoh selama 15 - 20 hari secara berperingkat - peringkat.

Fasa2
Peserta - peserta program akan membuat persediaan / perancangan untuk memulakan perniagaan seperti mengadakan tempat perniagaan, modal, pelesenan, peralatan & mesin dan lain-lain perkara berkaitan.Tempoh masa persediaan ialah tidak melebihi satu (1) tahun selepas latihan Fasa 1, di mana pihak MARA akan membantu peserta - peserta mendapatkan kemudahan - kemudahanperniagaanyangdiperlukan.
Fasa3 
MARA akan membuat penilaian tentang kemajuan, masalah dan pencapaian peserta melalui satu program pemantauan dan susulan yang akan dijalankan dalam tempoh 3 tahun selepas peserta memulakan perniagaan. Program-program peningkatan akandijalankandalamfasaini.
 Fasa4
 Selepas berakhirnya Fasa ke - 3,usahawan perlu berdikari dan menguruskan perniagaan sendiri. Walau bagaimanapun pihak MARA akan terus berhubung dengan peserta-peserta bagi menggalakkan 'alumni' sesama peserta.


Syarat-syarat & Kelayakan

1)  Bumiputera berumur antara 18 - 50 tahun semasa permohonan
2)  Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Kemahiran Asas dari IKM,GiatMARA atau lain- lain institusi teknikal MARA atau kerajaan dan swasta yang berkenaan 
3)  Bagi bidang Elektrikal, pemohon perlu mempunyai Sijil Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) 
4)  Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan iaitu:
·         Sekurang-kurangnya satu (1) tahun bagi yang mempunyai Sijil Kemahiran Asas
·         Sekurang-kurangnya dua (2) tahun bagi yang tidak mempunyai Sijil Kemahiran tetapi mempunyai kemahiran sendiri samada melalui pengalaman kerja atau sebagainya yang boleh disahkan oleh pihak - pihak tertentu
5) Pemohon mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi (pemilihan akan dibuat melalui temuduga)
Permohonan

 Iklan bagi menyertai program ini akan dibuat melalui akhbar - akhbar tempatan dan laman web MARA pada bulan November / Disember setiap tahun.