Latihan kerjaya
:.Objektif .:
- Bertujuan untuk melahirkan guna terlatih Bumiputera profesional dan berkemahiran sejajar dengan keperluan negara ke arah membina Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
:. Pendidikan Menengah.:
· Menyediakan sistem pendidikan yang unggul berteraskan pengetahuan Sains dan Teknologi bagi pelajar Bumiputera yang berpotensi untuk menghasilkan sumber tenaga manusia berkualiti serta menjadi asas kepada pembangunan negara.
· Bertanggungjawab menguruskan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Kolej MARA berasrama penuh yang mengendalikan program-program:-
a) Pendidikan Menengah Rendah
· MRSM gerik
· MRSM Felda Trolak
b) Pendidikan Menengah Atas
· MRSM Taiping
c) Pendidikan Menengah Rendah & Atas
· MRSM Lenggong
· MRSM Pasir Salak
· MRSM Pengkalan Hulu
Latihan Kemahiran.:
Menambah bilangan guna tenaga mahir dan separa mahir Bumiputera dalam pelbagai bidang dan meningkatkan tahap kemahiran teknikal bagi sektor perkilangan dan perindustrian negara, disamping melahirkan bakal-bakal usahawan teknikal.
:. Pusat Pengajian .:
:. KKTM & IKM .:
· Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai jenis dan tahap ketukangan asas yang berterusan kepada masyarakat tempatan mengikut perkembangan teknologi serta keperluan semasa.
· a. Fabrikasi Logam
b. Teknologi Fabrik
c. Teknologi Percetakan
d. Membuat Perabot Kayu
b. Teknologi Fabrik
c. Teknologi Percetakan
d. Membuat Perabot Kayu
e. Elektronik
f. Automotif
f. Automotif
:. GIAT MARA .:
- Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai jenis dan tahap ketukangan asas yang berterusan kepada masyarakat tempatan mengikut perkembangan teknologi serta keperluan semasa.
· a. Fabrikasi Logam
b. Teknologi Fabrik
c. Teknologi Percetakan
d. Membuat Perabot Kayu
e. Elektronik
f. Automotif
b. Teknologi Fabrik
c. Teknologi Percetakan
d. Membuat Perabot Kayu
e. Elektronik
f. Automotif
:.Pinjaman Pendahuluan.:
Syarat dan kelayakan untuk mendapatkan pinjaman pendahuluan
a. Pendapatan kasar bulanan ibubapa / penjaga pelajar hendaklah tidak melebihi RM4 Ribu sebulan.
b. Warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera.
c. Telah ditawarkan mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma atau Higher Diploma atau Ijazah Pertama di IPTS atau IKTM.
d. Pendahuluan pinjaman pelajaran boleh dipertimbangkan kepada seorang pelajar bagi setiap peringkat pengajian sekiranya pelajar tersebut melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jika peringkat pengajian yang sama, permohonan tidak layak dipertimbangkan.
e. Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian tidak layak untuk dipertimbangkan.
f. Pelajar – pelajar yang ditawarkan pengajian ke IPTA, tidak layak memohon kecuali mereka yang ditawarkan pengajian di peringkat Program Persediaan / Pra-U Skim Pelajar Cemerlang (SPC).
g. Permohonan Pendahuluan ini hanya boleh dibuat di Pejabat MARA Negeri yang terdekat mengikut alamat terkini pelajar.
:. Terma -Terma dan Pendahuluan.:
a. Jumlah minima pendahuluan sebanyak RM 2000 sahaja bagi seorang Pelajar.
b. Pendahuluan ini diberi sebelum memulakan pengajian atau selewat- lewatnya dua (2) minggu selepas tarikh pendaftaran tertakluk kepada budibicara Pengarah MARA Negeri di atas sebab-sebab yang munasabah.
c. Pendahuluan ini tidak dikenakan sebarang faedah.