Aktiviti Pembiayaan


AKTIVITI Pembiayaan










:. Objektif .:
Kemudahan pembiayaan perniagaan berlandaskan syariat Islam bagi  membantu usahawan memula dan mempertingkatkan perniagaan bermula pada tahun 1995.




:. Skop Pembiayaan .:

   Pembuatan
   Meliputi semua aktiviti pembuatan seperti perusahaan perkilangan/industri berasaskan fabrikasi logam, elektrik dan komponen elektronik, makanan dan minuman, plastik, tekstil pakaian dan kulit, percetakan dan penerbitan, telekomunikasi, memproses  hasil pertanian dan lain-lain.

   Perdagangan
   Meliputi semua aktiviti perdagangan yang melibatkan urusan jual beli barangan seperti mengendalikan mini market, peruncitan, pemasaran keluaran barangan makanan dan minuman, penjualan perabot, pemasaran hasil pertanian, pengendalian stesyen minyak dan lain-lain lagi.
Perkhidmatan
   Meliputi semua aktiviti perniagaan perkhidmatan urusan jual beli    dalam    perkhidmatan yang diberikan seperti perkhidmatan guaman,    klinik, perkhidmatan menyediakan makanan (restoran), kedai    gunting    rambut, kedai jahitan dan lain-lain lagi

   Pemborongan
   Meliputi kerja-kerja kontrak Pembinaan, Bekalan dan Perkhidmatan    seperti membina bangunan,membuat jalan,ubahsuai bangunan,    pendawaian elektrik dan sebagainya.       


  Pengangkutan
   Pembiayaan untuk membeli kenderaan perdagangan bagi tujuan perniagaan seperti bas, van, lori dan motorbot.


Pertanian
   Pembiayaan modal untuk pembersihan/penyelenggaraan ladang, penyediaan kolam/sangkar ikan, penyediaan untuk membina/ senggaraan kawasan/tempat penternakan, benih baka, peralatan/jentera dan modal pusingan.















:. Skim dan Had Pembiayaan .:

Skim
Had
Am
RM500,000
Kontrak
RM500,000



Skim Pembiayaan Am

Untuk projek perdagangan, perkhidmatan dan pembuatan merangkumi :-
1.     Perwujudan Usahawan
2.     Pembiayaan Profesional
3.     Pembiayaan Teksi
4.     Pembiayaan Usahawan Teknikal
5.     Pembiayaan Pertanian
6.     Pembiayaan Perniagaan Kecil
7.     Pembiayaan Pasar Mini
8.     Pembiayaan Pengangkutan



Skim Kontrak

Pembiayaan meliputi pemborong kelas F, E dan D untuk kerja-kerja kontrak pembinaan, bekalan, perkhidmatan dan kerja-kerja elektrikal merangkumi :-
1.  Pembiayaan Kontrak Am
2.  Pembiayaan kepada Kontraktor Cemerlang
3.  Pembiayaan untuk Sub-Kontrak Di bawah     Konsep Payung




:. Kelayakan Memohon.:

1.  Warga negara Malaysia daripada keturunan Melayu atau Bumiputera lain berusia 18 tahun ke atas.
2.  Mempunyai pengalaman / pengetahuan dalam bidang yang dijalankan / hendak diwujudkan.
3.  Mempunyai lesen / permit / surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk  menjalankan perniagaan tersebut.
4.  Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 10%  daripada kos projek.
5.  Usahawan hendaklah melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan yang  dibiayai.
6.  Mengemukakan cagaran atau jaminan bagi pembiayaan yang diperlukan.

7.  Pemohon yang belum menjalankan perniagaan atau telah menjalankan  perniagaan kurang dari 6 bulan perlu mengikuti kursus keusahawan anjuran  MARA atau agensi- agensi yang diiktiraf.
8.  Beroperasi di premis/ bangunan yang sesuai dan dibenarkan (berasingan daripada rumah/tempat tinggal).



:. Cagaran / Jaminan .:

Skim Pembiayaan Yang Dikecualikan daripada menyediakan Penjamin atau Cagaran :-   
  •  Pembiayaan Am RM50,000  & Kontrak bagi amaun  RM200,000 dan  ke bawah. 
  •  Pembiayaan SPK

Skim Pembiayaan Yang Disyaratkan menyediakan  sekurang-kurangnya 1 orang penjamin  :-
  • Pembiayaan Kontrak bagi amaun RM200,001 – RM500,000


Syarat – syarat Jaminan
  • Sekurang-kurangnya 1 orang  penjamin berpendapatan setiap seorang tidak kurang RM500.00 sebulan.
  • Boleh terdiri daripada :-
  • Ahli Keluarga
  • Rakan-Rakan
  • Berpendapatan tetap dan masih aktif/ bekerja (berumur tidak lebih 55 tahun) bekerja makan gaji samada dengan kerajaan ataupun swasta
  • Jumlah gabungan pendapatan tidak kurang 3% daripada amaun pembiayaan.






Cagaran
  • Tanah
  • Bernilai tidak kurang 10 % daripada amaun pembiayaan yang dimohon [Cth :- Nilai tanah (nilai paksaan) RM10,000 = RM100,000]
  • Tanah tersebut boleh milik sendiri atau milik ahli keluarga/saudara mara yang memberikan kebenaran untuk mencagarkan tanah tersebut secara bertulis.
  • Tanah tersebut mestilah bebas daripada sebarang sekatan iaitu dibenarkan untuk dicagar/digadai oleh pihak berkuasa.
  • Bagi permohonan RM50,000 dan ke atas, tanah tersebut mestilah dibuat penilaian dan dinilai oleh jurunilai yang bertauliah.Kos bayaran jurunilai ditanggung oleh pemohon.







:. Bayaran Perkhidmatan Pemprosesan .:

Bayaran yang perlu dibayar sebagai charge perkhidmatan sekiranya permohonan diluluskan.
Jumlah Pembiayaan
Kadar Bayaran
a. RM 5,000 ke bawah
RM 5.00
b. RM 5,001 hingga RM 20,000
RM 20.00
c. RM 20,001 hingga RM 50,000
RM 50.00
d. RM 50,001 hingga RM250,000
RM 100.00
e. RM250,001 hingga RM500,000
RM 200.00



:. Bayaran Balik .:

Tempoh bayaran balik dibayar mengikut jumlah pembiayaan yang diluluskan  seperti berikut:-
Jumlah Pembiayaan
Tempoh Bayaran Balik
a. RM 10,000 ke bawah
1-4 tahun
b. RM 10,001hingga 50,000
1-5 tahun
c. RM50,001 ke atas
1-10 tahun
d. Pembiayaan Teksi
1-8 tahun
e. Pembiayaan kontrak (tanpa mengira     amaun)
Mengikut jangka masa kontrak



:. Cara Memohon .:

1.  Pemohon hendaklah dibuat dengan mengunakan borang RP2 yang boleh   diperolehi dari pejabat -pejabat MARA Negeri dan Daerah yang   terdekat.Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah diajukan ke   Pejabat Daerah berkenaan.
2.  Sertakan Salinan dokumen perniagaan seperti lesen / permit / surat   persetujuan, perjanjian perkongsian ( sekiranya syarikat perkongsian ), Memorandum dan Tata Urus Peraturan(Syarikat Sdn.Bhd) dan lain-lain yang  berkaitan.
3.  Sertakan: Bagi permohonan pembiayaan RM50,000.00 ke atas perlu  menyertakan kertas kerja yang lengkap.
4.  Permohonan yang lengkap boleh mendapat kelulusan dalam tempoh masa  21 hari bekerja.
5.  Kelulusan sesuatu pembiayaan hanya sah laku dalam tempoh 30 hari dari   tarikh surat tawaran.
6.  Kelulusan tersebut dengan sendirinya akan terbatal jika pelanggan tidak dapat   menyempurnakan kelulusan dalam jangka masa tersebut.




























No comments:

Post a Comment